Kemahiran
menanduk bola seringkali dikaitkan dengan ketinggian pemain. Semakin tinggi
seseorang pemain, semakin tinggilah kebarangkalian beliau bermain di posisi
yang banyak menanduk bola – pertahanan tengah dan penyerang.
Tetapi
dalam bola sepak, realitinya tak seringkas itu.
Amirizwan
Taj mungkin berketinggian 185cm. Tetapi kemahiran menanduk bolanya tak sehebat
pemain yang lebih pendek daripadanya – seperti Bambang Pamungkas (171cm) atau
Tim Cahill (178cm).
Jadi kriteria apa sebenarnya yang
mendefinisikan seseorang pemain sebagai ‘penanduk bola’ yang bagus?
Kriteria penanduk bola
Untuk menjadi penanduk bola yang
bagus, terdapat 3 kriteria fizikal dan teknikal yang perlu diambil kira.
Pendapat ini turut dipersetujui oleh Michael Cox (pakar taktikal bola sepak)
dalam artikelnya pada tahun 2012:
(1) Ketinggian
Mempunyai ketinggian semata-mata tak
menjamin anda boleh mencabar pemain lain menanduk bola. Tetapi pemain tinggi
boleh menanduk bola tanpa melompat tinggi seperti pemain pendek.
(2) Lompatan
Kebolehan melompat dengan tinggi
juga penting. Ada 2 aspek yang perlu dikuasai dalam kebolehan fizikal ini:
ketinggian lompatan dan
kebolehan melompat pada masa yang betul.
kebolehan melompat pada masa yang betul.
(3) Tandukan
Teknik menanduk dengan betul juga
penting. Ada 3 aspek yang perlu dikuasai dalam teknik ini:
- kebolehan
mengarahkan kepala ke arah yang betul
- kebolehan
menanduk pada masa yang betul DAN
- kemahiran
menanduk ke arah yang tepat
Ada sesetengah pemain yang sudah
menguasai 3 kriteria ini. Ada juga pemain yang hanya menguasai 1-2 kriteria
sahaja. Jadi kita boleh kelaskan semua penanduk bola kepada 7 jenis seperti
dalam diagram Venn di bawah:
![]() |
Jenis A |
Tetapi mereka masih boleh menanduk
bola; selalunya melalui hantaran lintang yang tinggi (float crosses). Dari segi
permainan, mereka lebih gemar menerima bola di kaki.
Contoh: Peter Crouch, Amiridzwan
Taj, Afiq Azmi, Izzaq Faris Ramlan
![]() |
Jenis B |
Pemain ini kebiasaannya mempunyai
otot betis yang bagus yang membolehkan mereka melompat tinggi walaupun pendek.
Contoh: Gary Medel, Khairul Helmi
Johari, Ugo Ukah, Alexis Sanchez
![]() |
Jenis C |
Kebanyakan pemain jenis C ini
merupakan penyerang jenis poacher.
Contoh: Michael Owen, Filippo
Inzaghi, Liew Kit Kong, Safee Sali
![]() |
Jenis D |
Kebanyakan pertahanan tengah Eropah
berada dalam kategori ini. Mereka boleh diharap untuk mengeluarkan bola sejauh
mungkin dengan kepalanya, tetapi mungkin menghadapi kesukaran jika disuruh
menanduk ke sasaran yang spesifik.
Contoh: Thierry Henry,
Pierre-Emerick Aubameyang, Afif Amiruddin
![]() |
Jenis E |
Contoh: Tim Cahill, Fabio Cannavaro,
Bambang Pamungkas, Safuwan Baharuddin, Bobby Gonzales
Mereka tidak boleh melompat dengan
tinggi tetapi masih boleh menjadi pertahanan tengah atau penyerang kerana
tinggi dan ada teknik menanduk bola yang bagus.
Contoh: Per Mertesacker, Jan Koller,
Nikola Zigic, Marouanne Fellaini, Dramane Traore
![]() |
Jenis G |
Contoh: Didier Drogba, Zlatan
Ibrahimovic, Cristiano Ronaldo, Emmanuel Adebayor, Zainal Abidin Hassan
Aplikasi jenis pemain-pemain ini
dalam taktikal pasukan
Seperti yang kami terangkan di atas,
pemain yang berlainan jenis memerlukan taktikal yang berbeza.
Contohnya jika anda menggunakan
pemain jenis A atau F sebagai pertahanan tengah pasukan, anda mesti
memasangkannya dengan seorang pemain yang lebih mobil dan lincah – seperti
pemain jenis B, D atau E.
Pasangan pertahanan yang ampuh
biasanya menggunakan formula ini.
Contohnya Malaysia era 70 dan 80-an
(Santokh Singh & Soh Chin Aun), Itali era lewat 90-an (Fabio Cannavaro
& Alessandro Nesta) dan JDT era-2015 (Marcos Antonio & Aidil Zafuan).
Jika anda menggunakan pemain A atau
F sebagai penyerang, pastikan pemain sayap (atau bek sisi) anda bekalkan mereka
dengan hantaran lintang tinggi (deep, float crosses) ke kawasan far post.
Jika anda menggunakan pemain B atau
E sebagai penyerang pula, pastikan pemain sayap (atau bek sisi) anda bekalkan
mereka dengan hantaran lintang rendah yang laju (driven crosses) ke kawasan
near post.
Rumusan
Artikel ini ditulis dengan tujuan
untuk mengajak pembaca menyangkal sterotaip bahawa ‘pemain tinggi secara
semulajadinya bagus di udara’.
Kami juga ingin mengajak pembaca
untuk memahami dinamik fisiologi pemain-pemain dan bagaimana pemahaman terhadap
aspek ini mampu membantu persembahan pasukan di atas padang.
Pemain yang tinggi tak semestinya
bagus di udara. Manakala pemain yang pendek pula tak semestinya tak bagus di
udara.
Kemahiran Menanduk - UPSI
How To Header Like The Pros! - The Fifa Trainer
How To Head A Soccer Ball - Learn How To Head A Soccer Ball With Power
How To Head A Soccer Ball Tutorial
How To- Head The Soccer Ball For Power - Soccer Scoring Drills
Soccer tips- How to properly head the ball with Abby Wambach