Sejak
akhir-akhir ini, Abg Chik selalu sangat lihat pemain yang membuat lontaran ke
dalam dipersalahkan oleh pengadil. Untuk menjadi pemain yang baik, semua hal
yang melibatkan segala aspek bola sepak perlu diambilberat. Setiap lontaran
hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh kerana ianya akan merugikan
pasukan sendiri.
Apakah
yang anda tahu tentang lontaran?
Abg
Chik buka laman sesawang Fifa dan cari artikel yang berkaitan dengan peraturan
lontaran ke dalam ini. Ianya terkandung di bawah peraturan 15.
Apa
pula peraturan 15 ni?
Aduuh..Nak
main bola dah macam nak jadi Peguam. Semua kena tahu. Apa yang boleh dibuat dan
apa yang tidak boleh dibuat. Sebab itulah dinamakan peraturan atau
undang-undang. Jadi, Biarlah Abg Chik bukak Mulut. Nak jadi pemain yang
terbaik, setiap pemain haruslah mengetahui bukan sahaja selok belok dan taktik
taktik permainan tetapi semua tentangnya. Bacalah peraturan itu. Bukalah “ The
Law of Game -IFAB” 2016/2017.
IFAB - Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) adalah untuk membincangkan dan membuat keputusan ke atas apa-apa perubahan yang dicadangkan kepada Undang-undang Permainan. FIFA dan persatuan-persatuan yang berpangkalan di UK (English, Scottish, Welsh dan Northern Ireland PK) boleh mencadangkan perkara yang akan dibincangkan dan disahkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), yang biasanya berlaku pada bulan Februari atau Mac.
Di bawah ini Abg Chik kutip sedikit
peraturan 15 itu. Bacalah.
Apa???
Tak faham… Yerlah..Abg Chik kutip pulak dari penulis lain yang telah
menterjemahkannya. Baca. Jangan Tak baca.
Undang-undang 15: Lontaran Ke Dalam
Lontaran
ke dalam adalah suatu untuk memulakan semula permainan.
Lontaran
ke dalam adalah diberi kepada pasukan lawan pemain yang akhir sekali menyentuh
bola apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di
udara.
Gol
tidak boleh dijaringkan terus dari lontaran ke dalam.
Prosedur
Semasa
melontar bola ke dalam, pelontar
•
mengadap ke padang permainan.
•
sebahagian dari tiap-tiap kakinya berada di atas garisan tepi atau di atas
tanah di luar garisan tepi atau di atas tanah
di luar garisan tepi.
•
memegang bola dengan kedua-dua tangannya.
•
melontar bola dari belakang dan melalui atas kepalanya.
•
melontar dari tempat di mana keluar dari padang permainan.
Semua
pemain lawan mesti berdiri tidak kurang 2m (2 ela) dari tempat di mana lontaran
ke dalam itu dibuat.
Bola
dikira di dalam permainan apabila ia masuk ke dalam padang permainan.
Setelah
melontar, pelontar tidak boleh menyentuh bola sekali lagi sehingga ianya telah
menyentuh oleh pemain lain.
Pelanggaran dan Hukum
Lontaran
ke dalam oleh pemain selain daripada penjaga gol
Jika,
setelah bola berada di dalam permainan, pelontar menyentuh bola sekali lagi
(kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh oleh pemain lain:
•
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan
dibuat di tempat kesalahan berlaku.
Jika,
setelah bola berada di dalam permainan, pelontar dengan sengaja memengang bola
sebelum ianya menyentuh pemain lain:
•
sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan itu
dibuat di tempat mana kesalahan berlaku.
•
sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan
penalti pelontar itu.
Lontaran ke dalam oleh penjaga gol
Jika,
setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola sekali lagi
(kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh pemain lain:
sepakan
percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di
tempat mana kesalahan berlaku.
Jika,
setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol sengaja memegang bola
sebelum ianya menyentuh pemain lain:
•
sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan
berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol
berkenaan dan sepakan itu
dibuat di tempat kesalahan berlaku.
•
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika
kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti
penjagi gol berkenaan,
sepakan itu dibuat di tempat mana kesalahan
berlaku.
Jika
seorang pemain lawan dengan cara tidak adil mengganggu tumpuan atau menghalang
pelontar:
•
dia diberi amaran kerana kelakuan tidak bersemangat sukan.
Untuk pelanggaran lain Undang-undang
ini:
• lontaran ke dalam
adalah dibuat oleh pemain pasukan lawan.
8
LANGKAH UNTUK MEMBUAT LONTARAN KE DALAM
Sebagai pemain bola sepak tentu anda pernah dan selalu
melakukan lontaran ke dalam. Ada kalanya lontaran yang dilakukan tepat dan
betul mengikut undang-undang bola sepak, tetapi seringkali pemain melakukan
kesilapan dalam hal ini mengakibatkan balingan terbatal dan bola tidak sampai
kepada rakan. Kaedah dan cara untuk melakukan lontaran ke dalam.
Ini adalah langkah asas untuk melakukan lontaran ke dalam
yang dipecahkan kepada lapan peringkat. Praktikkannyalah.
1 Angkat bola. Cengkam bola dengan kedua-dua tangan dan bawa
bola ke belakang kepala anda. Tangan anda harus "di belakang". Bola
mesti ada di belakang kepala. Tapak tangan anda akan menolak bola ke hadapan
apabila anda membuang bola masuk ke padang. Pastikan anda berada dalam keadaan
selesa semasa memegang bola.
2 Letakkan kaki anda menghadap padang. Berdiri beberapa
langkah ke belakang supaya anda boleh berjalan sehingga ke garisan tepi padang
tanpa melepasinya. Di sini ada dua kaedah, pertama, membuang bola dalam keadaan
kaki yang selari. Kedua, membuang bola dalam keadaan satu kaki di hadapan dan
satu kaki di belakang. Pilihlah kaedah yang paling anda selesa dan paling
sesuai. Pastikan postur tubuh anda ketika membuang bola menghadap arah yang
ingin anda main. Jika arah yang ingin anda main berubah, postur tubuh juga
mesti berubah.
3 Imbasan bidang/area. Langkah yang paling penting ialah
anda mesti membuat keputusan arah mana untuk membuang bola. Anda mungkin telah
menetapkan untuk bermain pada arah yang telah anda pilih, namun keputusan yang
bijak ialah mencari pemain yang tidak dikawal (free player). Sebaik sahaja anda
telah membuat keputusan, anda mesti melaksanakannya dengan cepat supaya lawan
tidak dapat mengesan di mana anda akan membuang bola.
4 Berlari hingga ke garisan tepi untuk membuang bola.
Dapatkan dua hingga empat langkah untuk membantu anda mendapatkan momentum yang
diperlukan. Hal ini bertujuan menghantar kuasa kepada bola ke sasaran.
5 Condongkan belakang anda. Keadaan ini berlaku sebelum anda
benar-benar bersedia untuk membuang bola. Ramai pemain cuba untuk membuang
dengan ‘kuasa’ tangan mereka, tetapi kebanyakan kuasa datang dari belakang dan
bahu anda serta momentum dari awal anda berjalan sehingga ke tepi garisan.
6 Target sasaran anda dan tanam kaki depan anda. Apabila
anda sudah bersedia untuk membaling bola, pastikan bahu anda selari atau lurus
menghadap sasaran anda. Ini adalah penting untuk membuat lontaran tepat, kerana
bola mesti berjalan terus di atas kepala anda. Sekarang berhenti berlari dan
tanam kaki utama anda. Ingat, jangan melebihi garisan tepi padang semasa kaki
menanam untuk membuat balingan. Jika kaki melepasi garisan, balingan adalah
batal.
7 Melepaskan bola. Bawa badan ke hadapan sambil memegang
bola di belakang kepala anda. Apabila sampai ke garisan, lentikkan atau
lengkungkan badan ke belakang kemudian lepaskan bola dari di belakang kepala.
Tips, kawalan nafas penting untuk memindahkan ‘power’ kepada bola agar lontaran
yang tepat dan padu kepada rakan.
8 Masuk semula bermain. Anda telah
selesai melakukan lontaran ke dalam, tugas anda tidak selesai di situ. Anda
perlu pergi mencari ruang kosong untuk meminta bola dari rakan bagi membuka
permainan. Tips, sekiranya bola dibaling kepada pihak lawan, anda bertanggungjawab
untuk mencuri kembali bola itu. Itu tugas anda.
How to do a Throw In
Teknik Throw In
Throw In - Elite Soccer Academy
How To Do A Soccer Throw In - Learn Soccer Throw In Techniques And Tips
How To Throw A Soccer Ball Far