Assalammualaikum dan selamat bertemu kembali.
Sudah dua minggu rasanya Abg Chik tak buka mulut. Diam saja. Diam bukan kerana
Abg Chik dah tak mahu buka mulut lagi tapi bila selalu sangat buka mulut ,
kadang-kadang orang pun benci. Diamnya Abg Chik bukan kerana apa..Bukan kerana
Abg Chik sudah berpuas hati dengan peningkatan CCID FC yang semakin hari
semakin menunjukkan taring di padang dalam perlawanan-perlawanan persahabatan
yang diatur. Abg Chik kagum dengan komitmen semua pemain CCID FC. Sikap juang
yang para pemian tunjukkan itulah yang sebenarnya membuahkan hasil.
Abg Chik sebenarnya berhijrah dari satu
gunung ke satu gunung mencari ilmu. 7 gunung semuanya. Abg Chik belayar dari
satu lautan ke satu lautan menuntut ilmu. 7 lautan kesemuanya. Abg Chik redah
dari satu belantara ke satu belantara. 7 belantara semuanya. Semua itu Abg Chik
dalam satu masa yang sama. Dilayar skrin monitor komputer.. Alaa..jangan la
marah. Abg Chik bergurau jer. Dipendekkan cerita, Abg Chik juga terpaksa
belajar tentang sesuatu yang Abg Chik juga kurang arif tentangnya.
Abg Chik rasa, perkara asas tentang bolasepak
telahpun Abg Chik kongsikan dalam post-post yang terdahulu. Daripada pengenalan
pemain hinggalah ke cara balingan yang betul. Berlatihlah bersungguh-sungguh
dan pasti anda akan rasai kenikmatannya bila apa yang kita lakukan itu tepat.
Kini , Abg Chik akan kongsikan pula beberapa bentuk
taktikal pasukan yang akan mempengaruhi corak permainan dan kejayaan sesebuah
pasukan. Sebab itulah kenapa Abg Chik kata, Abg Chik berhirah dari satu gunung
ke satu gunung. Dari satu lautan ke satu lautan ke satu lautan dan dari satu
belantara ke satu belantara. Abg Chik juga terpaksa menimba ilmu tentang
taktikal bolasepak ini. Al Maklumlah , masa Abg Chik bermain bola puluhan tahun
dahulu, taktikalnya pasti tidak sama dengan taktikal di zaman ini. Dulu, cara kampong.
Dimana ada bola, di situlah semua pemain ada.
Namun, sebelum Abg Chik teruskan tentang
taktikal, ada satu perkara yang Abg Chik hendak kongskan iaitu pembahagian 18
kawasan dalam padang dan kenapa zon 14 adalah kawasan paling bahaya dalam
bolasepak. Pengetahuan dan kefahaman tentang dua perkara ini penting agar
setiap pemain dapat menafaatkannya dengan baik. Namun seperti biasa, Abg Chik
kutip dari laman sesawang saja. Mungkin banyk lagi yang anda boleh jumpa di
laman sesawang yang lain. Rajin-rajinkanlah tangan.
Memahami Apa Itu Pembahagian 18 Zon Dalam Padang
Dalam
bola sepak, jurulatih perlu mengambil inisiatif untuk memberikan
arahan secara zonal kepada pemain. Namun cabaran besar adalah bagaimana
hendak memberitahu pemain dengan baik.
Ini kerana, permukaan padang yang luas dan tidak ada grid seperti mana 'American Football' menyebabkan pemain kadang-kadang menjalankan tugas tidak begitu sempurna.
Kita mungkin cuma tahu, kawasan kotak penalti, kawasan bulat tengah, kawasan penjuru padang, dan luar kotak penalti.
Jadi, dalam artikel ini, kami akan mengupas kepada anda dengan lebih terperinci zon-zon dalam padang.
Pecahan Atas Padang Secara
Vertikal
Di bawah
adalah gambaran asas yang kerap kita gunakan untuk menggambarkan zon zon
di padang secata vertikal.
Dimana
Pula Kawasan Half-Space?
Half-space
ialah suatu zon dicelah-celah flank dengan center. Ini adalah
pecahan baru padang secara vertikal.
Istilah
ini masih asing di negara kita. Sehinggakan, pengulas di televisen di negara
kita masih ragu-ragu untuk menggunakan istilah ini. Di bawah ini, saya
tunjukkan secara ringkas dimana zon half-space.
Pembahagian 3 Pecahan Asas Secara Horizontal
Secara umumnya, mungkin ramai sudah tahu akan 3 pecahan utama dalam padang secara horizontal atau melintang. Itulah yang dilabel dengan :-
Secara umumnya, mungkin ramai sudah tahu akan 3 pecahan utama dalam padang secara horizontal atau melintang. Itulah yang dilabel dengan :-
·
Defensive Third - kawasan pertahanan
·
Midfield Third - kawasan tengah
·
Final/Attacking Third - kawasan serangan
Namun, masih ramai yang keliru. Misalnya, masih ramai yang menganggap bahawa defensive third ini adalah kawasan pertahanan dalam kotak penalti.
Manakala final third pula adalah kawasan serangan di kotak penalti pihak lawan. Ini adalah bercanggah daripada perkara yang sebenar.
18 Zon Dalam Padang
Seterusnya dengan penjelasan 18
Zon dalam padang. Ia merupakan pecahan yang lebih kecil. Dimana di setiap
'Third' akan ada 2 pecahan horizontal dan 3 pecahan vertikal.
Menjadikan setiap third ada 6 zon/box.
Di sini, jurulatih boleh
memberikan arahan kepada pemain mereka untuk bermain dengan lebih
terperinci. Misalnya beliau mengarahkan pemain no. 10 untuk aktif di zon
14.
Contoh lain ialah, ia dapat
menentukan karakter pemain seperti inside forward kiri yang berbeza
dengan sayap kiri atau wide wing attacker.
Ini kerana inside
forward kiri contohnya Eden Hazarda akan kurang untuk bergerak
hingga ke zon 16. Mereka akan aktif untuk masuk dari zon 10
hingga 14.
Begitu juga dengan pemain inside
forward di kanan. Karakter dan corak permainan mereka akan lebih aktif
untuk masuk ke zon 14 berbanding cuba untuk mencapai zon 19.
Mengapa Wingback Berbeza dengan
Fullback?
Dengan adanya pembahagian 18
zon dalam padang ini, pemain akan lebih faham dimana mereka
harus berada didalam padang.
Kita pula boleh mengenali mereka
adalah wingback dan fullback.
Dalam 3-5-2 sistem
wingback lebih kepada organisasi pemain tengah berbnding
dengan pertahanan. Ia adalah peranan pemain sayap dari deep
area iaitu di kawasan middle third zon nombor 7 dan 9.
Fullback pula lebih kepada pemain
yang menggunakan platform zon 4 (LCB) atau 6 (RCB) serta kerap berada
di zon 1 dan 3 untuk taktikal yang ultra defensive.
Kepada dipanggil box to box?
Dengan lakaran box 18
diatas, and sudah boleh bayangkan pemain box to box midfielder adalah
pemain yang ada kemampuan untuk terlibat dengan hampir semua
kotak/zon di dalam padang.
Beza Zon 18 Quardiola dn Louis
Van Gaal
Guardiola dan Van
Gaal dikatakan mempunyai pembahagian box yang tersendiri. Mereka
tidak terikat dengan pembahagian yang biasa atau universal seperti
yang diterangkan.
Ini adalah contoh zon 18
gaya Van Gaal. Bezanya adalah semua zon di bahagian sayap/flank
dikecilkan dan semua zon di tengah diperbesarkan.
Bila sampai ke Quardiola, beliau
memecahkan zon ini kepada 20 bahagian. Masih sukar untuk
menjelaskan pernomboran dibawah sistem Quardiola.
Anda boleh rujuk di bawah
ini adalah grid zonal oleh Quardiola. Beliau jelas memberikan
fokus di bahagian tengah dengan modifikasi yang jelas
Dibawah
ini adalah gambar dari atas yang diambil di pusat latihan
Quardiola di Bayern Munich dahulu. Jelas sekali grid beliau memang
tersendiri.
Relavan Dalam Memahami Zon 18 Dalam Padang
Ini adalah grid yang digunakan oleh jurulatih di eropah untuk melatih pemain mereka dalam satu grid zonal terutama sekali di pusat latihan.
Penerapan skemi ini setiap hari membolehkan pemain dapat menggambarkan zon mereka apabila berada di padang sebenar. Jadi, setiap jurulatih biasanya akan memiliki grid mereka tersendiri.
Cuma secara universalnya, kita menggunakan 18 zon biasa dan juga 18 zon Van Gaal. Namun, harus diingat pernomboran zon ini tidak ada kaitan dengan pernomboran posisi dalam padang. Ianya dua entiti yang berbeza sama sekali.
Ini adalah grid yang digunakan oleh jurulatih di eropah untuk melatih pemain mereka dalam satu grid zonal terutama sekali di pusat latihan.
Penerapan skemi ini setiap hari membolehkan pemain dapat menggambarkan zon mereka apabila berada di padang sebenar. Jadi, setiap jurulatih biasanya akan memiliki grid mereka tersendiri.
Cuma secara universalnya, kita menggunakan 18 zon biasa dan juga 18 zon Van Gaal. Namun, harus diingat pernomboran zon ini tidak ada kaitan dengan pernomboran posisi dalam padang. Ianya dua entiti yang berbeza sama sekali.