Sejujurnya
Abg Chik tak pandai bermain bolasepak tetapi bukan tidak pernah langsung berada
dikelompok kesebelasan utama dalam satu team bolasepak. Menjadi kapten bagi
team “B” sekolah adalah satu-satunya kenangan paling manis dalam hidup Abg Chik
kalau nak bercerita pasal bola. Kenangan paling ngeri pula, bila Abg Chik “
terpatahkan” tangan salah seorang pemain lawan semasa perlawanan separuh akhir menentang
sebuah sekolah Cina. “ Terpatah” tau, bukannya disengajakan.. Al maklumlah,
waktu itu Abg Chik berada di posisi pertahanan. Sewaktu sepakan penjuru tu, Abg
Chik cuba clearkan bola tu keluar padang, melompat punya pasal tertolak anak
Cina yang entah dari mana datangnya ke tiang gol. Apalagi mengelupur la budak
tu. Tangannya patah. Maka Kad Merah lah untuk Abg Chik. Keluar padang!!
Tapi
itu bila ?? Terlalu lama dahulu, mungkin waktu itu, anda semua mungkin belum
ada lagi didunia ini ataupun masih terlalu kecil.
Zaman
dan waktu terus berubah. Corak permainan bolasepak juga berubah mengikut
peredaran zamannya. Tapi Abg Chik masih minat menonton perlawanan
bolasepak terutama Piala Dunia. Anda beruntung kerana anda kini sedang berada
di zaman bolasepak menjadi sukan nombor satu dunia. Di mana- mana negara ada
bolasepak. Abg Chik percaya ada diantara anda yang memang seorang pemain
bolasepak. Mungkin sampai pernah mewakili daerah ataupun negeri dalam sukan
bola sepak.
Sejak
akhir-akhir ini Abg Chik selalu turun menyaksikan perlawanan team CCID FA.
Hanya kerana minat dan adanya waktu yang terluang . Tambahan pula adanya anak
buah Abg Chik menunjukkan minat dalam sukan bolasepak ini. Apa yang Abg Chik
lihat, anda semua boleh bermain bola dengan baik. alangkah baiknya kalau yang
baik itu ditambah baik. Biar suatu hari nanti, orang lain diluar sana “gerun”
dengan CCID FA. Namun Abg Chik percaya, untuk menjadi sebuah pasukan yang baik
perlu usaha yang lebih keras dengan ilmu yang penuh didada. Untuk itu, biarlah
“Abg Chik Buka Mulut”. Buka mulut bukan kerana Abg Chik pandai tetapi untuk
kita sama-sama menimba ilmu. Ilmu yang Abg Chik timba dari laman-laman sesawang
yang ada. Abg Chik akan kutip ilmu yang ada secara teori dan kalau boleh
praktikanlah bila anda bermain pada bila-bila masa pun. Bukan berjanji, tetapi
akan Abg Chik usahakan bila ada waktu terluang untuk Abg Chik menulis. .
Pada
penulisan pertama ini, biarlah Abg Chik ulang kembali peranan dan watak-watak
penting dalam sesebuah pasukan bolasepak kemudian barulah ke tajuk tajuk besar
yang lain seperti formasi , taktikal dan sebagainya.
Selamat
Maju Jaya CCID FA