PENJAGA GAWANG ( GK)
Di
dalam bola sepak, penjaga gol mengambil kedudukan yang mewakili garis akhir
pertahanan antara serangan lawan dan gol pasukannya. Peranan utama penjaga gol
adalah untuk mempertahankan gol pasukannya dan juga lawan daripada
menjaringkan gol. Penjaga gol juga adalah satu-stunya pemain yang
dibenarkan untuk memegang bola dengan tangan atau lengannya dalam permainan terbuka.
Setiap pasukan diwajibkan mempunyai satu penjaga gol di padang pada semua
ketika semasa suatu perlawanan berlangsung.
Jika
penjaga gol terpaksa keluar disebabkan kecederaan atau dibuang padang, pemain lain mesti mengambil peranan
berkenaan, walaupun pasukan tersebut tidak mempunyai penjaga gol gantian/atau
sudah menggunakan kesemua penggantian yang diuntukkan.
Penjaga
gol sering disingkatkan kepada GK (bahasa
Inggeris: goalkeeper) dalam kad barisan mula, laporan perlawanan, dan sari
kata TV. Perkataan keeper dan goalie juga biasa digunakan.
Posisi ini digunakan dalam percakapan dirujuk sebagai 'penjaga' atau 'orang di
antara palang'.
Apabila
memberi nombor kepada pemain dalam pasukan, jersi nombor 1 biasanya
dikhaskan kepada penjaga gol sekiranya nombor skuad tidak diamalkan.
PEMAIN PERTAHANAN
Dalam
permainan bola sepak, pemain
pertahanan merupakan pemain yang ditugaskan untuk menghalang pemain lawan
daripada menjaringkan gol.
Posisi
Terdapat
empat posisi yang boleh diisi pemain pertahanan.
Centre back (CB)
Tugas seorang centre back ialah:
·
Mengawal pemain lawan daripada melakukan
percubaan.
·
Membuat terjahan kepada pemain yang
menyerang.
·
Menghalang hantaran dan rembatan yang dilihat
merbahaya.
·
Bertahan semasa pemain lawan melakukan
sepakan sudut.
·
Membina tektik asas pasukan.
·
Mengekalkan postur semasa bertahan.
·
Bermain secara ringkas.
Kriteria
yang diperlukan untuk menjadi centre back:
- Tinggi, tandukan yang bagus, dan keupayaan melompat untuk bersaing dalam perebutan diudara.
- Kebolehan dari segikekuatan, mengawal dan melakukan terjahan dalam situasi satu lawan satu.
- Berani dan agresif dalam mencabar lawan.
- Bijak membaca permainan.
- Kosenstrasi yang tinggi.
Full back (FB)
Wing
back ( Right Back / Left Back (RB ) / (LB))
Pemain
posisi full back ditugaskan untuk menghalang pihak lawan daripada membuat
hantaran lintang dalam kotak penalti. Dalam sistem bertahan, full back
ditugaskan untuk mengawal pemain lawan.
Tugas
seorang full back ialah:
- · Memberi halangan fizikal kepada pemain lawan.
- · Lontaran ke dalam sering dilakukan pemain full back.
- · Mengawal pemain lawan yang menyerang.
- · Mengekalkan disiplin secara tektikal.
- · Memberi petunjuk semasa melakukan hantaran
·
Kriteria yang diperlukan untuk menjadi full
back:
- · Stamina.
- · Kebolehan menggelecek.
- · Kebolehan mengawal dan melakukan terjahan.
- · Kebijaksaan dalam permainan.
RB
dan LB merupakan bek sayap yang mengapit CB (bek tengah). Tugas dari RB dan LB
pada prinsipnya sama dengan tugas CB yaitu menghalang pergerakan pemain lawan
yang berpotensi menciptakan gol. Namun, RB dan LB fokus pada pemain-pemain lain
yang membangun serangan dari bahagian sayap dan berkemungkinan membuat
crossing.
Dalam formasi tertentu RB dan LB juga dapat membantu menghantar bola kepada winger atau pemain tengah.
Sweeper (SW)
Posisi
sweeper dilihat sebagai posisi yang lebih bebas berbanding posisi yang
pertahanan lain. Posisi ini juga digelar sebagai libero (daripada bahasa Itali
yang bermaksud bebas.). Sweeper sering kali terbabit untuk melakukan serangan
balas. Justeru, posisi ini memerlukan skil hantaran dan kawalan bola yang
bagus.
Sekali
sekala sweeper dilihat bergerak ke hadapan. Dalam bola sepak moden posisi
sweeper jarang digunakan oleh kelab-kelab masa kini.
PEMAIN TENGAH (Midfielders)
Dalam bola sepak,
seorang pemain tengah ialah seorang pemain yang posisinya terletak di tengah padang
di antara penyerang dan pertahanan . Fungsi utama mereka ialah
untuk merampas (merebut) bola dari pihak lawan, mengawal
bola, dan menghantarnya kepada penyerang, dan mungkin turut menjaringkan gol.
Sesetengah pemain tengah turut bermain secara lebih bertahan, manakala yang
lain mengaburkan sempadan di antara pemain tengah dan penyerang. Jumlah pemain
tengah yang digunakan oleh pasukan mungkin berbeza, bergantung pada formasi bola sepak dan peranan setiap
pemain. Kumpulan pemain tengah dalam sebuah pasukan dikenali sebagai the
midfield.
Pemain
tengah yang lebih sempurna memerlukan sebilangan kemahiran di tahap kecergasan
yang tinggi: mereka merebut, menggelecek, menendang dan menghantar bola di
dalam apa-apa perlawanan. Kebanyakan pengurus akan meletakkan sekurang-kurangnya
seoranng pemain tengah di tengah padang dengan satu tugasan memecahkan serangan
pemain lawan manakala pemain lain akan lebih mahir mencipta gol atau mempunyai
tanggungjawab yang serupa bagi serangan atau pertahanan, atau seorang pemain
sayap,atau lebih kepada seorang pemain penyerang yang tugas utamanya adalah
menyerang.
Pada
dasarnya,seorang pemain tengah yang bagus mesti mempunyai kebolehan suka
bertarung dan juga mempunyai kreativiti. Seorang penyerang tanpa sokongan
pemain tengah akan mengurangkan peluang menyerang, manakala pertahanannya pula
akan selalu teruji. Oleh kerana mereka menguasai bahagian-bahagian penting di
dalam padang, berbanding dengan pemain lain, pemain tengah mungkin lebih banyak
mempengaruhi keputusan sesuatu perlawanan terutamanya jika mereka
mempunyai pandangan yang cukup jelas untuk membuat hantaran yang baik atau
kebolehan untuk menjaringkan gol.
Biasanya
pemain tengah menghabiskan paling banyak tenaga semasa satu-satu perlawanan
disebabkan jarak yang mereka rangkumi di atas padang kerana pada masa-masa
tertentu, mereka terpaksa balik ke kawasan pertahanan, atau diperlukan untuk
serangan dengan penyerang
Pemain Tengah Sentral @
CM (Centre Midfielder)
Pemain
tengah sentral bermain banyak peranan di dalam permainan padang dan mungkin
yang paling penting di dalam membuat serangan. Kedudukan mereka membolehkan
mereka mendapat pandangan keseluruhan perlawanan, dan kerana kebanyakan
tindakan berlaku di dalam kebanyakan kawasan mereka, pemain tengah juga
biasanya bersungguh-sungguh memberikan kawalan yang paling tinggi bagaimana
satu-satu perlawanan ini dimainkan.Di bahagian padang ini dikenali sebagai satu
"bilik enjin" pasukan, kerana pasukan yang bagus jarang berjaya tanpa
pemain tengah yang berkemahiran atau pemain tengah sentral yang pandai
memberikan arahan.
Penyerang (FW) - CF,
LF, RF
Penyerang (Bahasa Inggeris: Forward,
sering disingkatkan sebagai FW) merupakan salah seorang pemain
dalam sebuah pasukan bola sepak. Pemain di posisi ini merupakan pemain yang paling hampir dengan kawasan
gol (dalam kotak penalti) pemain lawan dan ditugaskan untuk menjaringkan gol.
Posisi ini lebih kepada menyerang berbanding bertahan dan mampu untuk
menghasilkan banyak gol berbanding pemain yang lain. Mereka yang bermain di
posisi ini lebih dikenali dan sering merupakan pemain termahal dalam sesebuah
pasukan.
Dalam formasi bola sepak moden pasa masa
kini, selalunya terdapat satu hingga tiga orang penyerang; dua penyerang sering
digunakan. Jurulatih selalunya meletakkan seorang penyerang pada posisi paling
hadapan (penyerang tengah) dan seorang lagi bermain sebagai penyerang kedua
untuk melakukan hantaran dan menjaringkan gol.
CONTOH FORMAT 4-4-2