HANTARAN

Pada post kali ini, Abg Chik nak bercerita pasal hantaran dan tendangan bola. Kalau bukan menendang bola, bukanlah bola sepak nama dia. Yer tak? Banyak laman sesawang Abg Chik terokai untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan. Bacalah semoga ianya memberi menafaat kepada anda. Kalau ada yang tak tepat, jangan " jerkah" Abg Chik yer. Kita betulkan sama-sama..Selamat menimba Ilmu dan Beramal..





Menghantar Bola Leret ( Passing )




1Kuncilah pergelangan kaki. Mengunci pergelangan kaki memastikan bahwa kaki mantap dan tidak berubah posisi sama sekali ketika bersentuhan dengan bola. Kaki harus mengendalikan pergerakan bola. Untuk tendangan menggunakan kaki bahagian dalam, jari kaki seharusnya mengarah ke atas untuk mengunci pergelangan kaki. Sebaliknya, untuk tendangan, jari kaki seharusnya mengarah ke bawah untuk mengunci pergelangan kaki.

Satu-satunya cara agar bola bergerak stabil adalah dengan mengunci pergelangan kaki. Jika posisi kaki goyah, pergerakan bola juga tidak akan stabil. 



2Tendangan bola menggunakan sisi dalam kasut. Jangan sesekali menendang bola menggunakan hujung jari kaki. Para pemain bola menendang bola menggunakan sisi dalam dari kaki kerana memanfaatkan daerah permukaan yang lebih lebar dan menghasilkan tendangan yang paling tepat

Kelemahan tendangan ini adalah Anda tidak dapat menendang dengan keras. Tetapi, sudah pasti ini adalah cara hantaran bola yang paling tepat.


3Posisikan kaki tumpu. Putar kaki tumpu (kaki yang tidak sedang digunakan untuk menendang) sehingga bagian dalam sepatu menghadap bola. Ingat, kaki tumpu akan mengarah ke mana bola ditendang. Jika Anda ingin menendang bola lurus ke depan, posisikan kaki tumpu menghadap lurus ke depan.


4Lakukan tendangan hantaran (passing) di tanah. Ikuti ayunan kaki dekat dengan tanah. Untuk hantaran jarak pendek dan hantaran di tanah, Anda hanya perlu mengikuti ayunan kaki beberapa puluh sentimeter saja. Jangan mengayunkan kaki terlalu tinggi dari permukaan tanah.

Amati perputaran bola. Sesuatu hantaran menggunakan sisi dalam dari kaki seharusnya membuat bola berputar cukup stabil. Jika bola berputar ke arah dalam, Anda harus mengunci pergelangan kaki, atau Anda mungkin telah menendang dengan arah kaki yang tidak betul.


5 Lakukan tendangan hantaran di udara. Condongkan tubuh ke belakang dan ikuti ayunan kaki di udara. Kali ini, ulurkan kaki secara penuh, dan ikuti ayunan kaki sehingga kaki berada beberapa puluh sentimeter di atas permukaan tanah.

Sekali lagi, amati perputaran bola. Sama seperti tendangan hantaran di tanah, sesuatu tendangan hantaran di udara seharusnya berputar dengan stabil. Jika bola berputar ke arah dalam, pastikan mengunci pergelangan kaki dan perhatikan kaki yang melakukan hantaran/sepakan..